Pages

Thursday, August 13, 2009

Pekerjaan yang menyalahi adat itu 8 perkara

(1)Mukjizat,iaitu yang nyata (zahir) kemudian daripada dakwa risalah.

(2)Irhas,iaitu yang nyata (zahir) dahulu daripada jadi rasul.

(3)Keramat,iaitu yang nyata(zahir)pada auliyak allah dan arti auliyak allah itu orang yang megerjakan suruh allah dan menjauhkan larangannya dan mengetahui ia akan sekian yang halal dan yang haram daripada perkataan-perkataan dan perbuatan dan iktikad dan makanan dan minuman dan pakaian dan pendengaran dan penglihatan dan pencium(menghidu)dan penjabat(menyentuh)dan perjalan(perjalanan yang jauh jadi cepat)dan perasa(merasa)dan tidur dan lainnya daripada segala kelakuan dan berperangai pula dengan segala perangai yang baik-baik dan meninggalkan dunia melainkan sekira-kira hajat yang tunai(segera)dan selama-lamanya mushahadah(memandang allah dengan mata hati)dan murakabah(mengintai hati kepada allah)kepada tuhannya pada siang dan malam dan pada tiap-tiap sekelian waktu dan tiada mengapa(melarat) zahirnya serta makluk maka jikalau diperolehi segala sifat itu maka orang iti wali allah dan aaripu billah.

(4)Maaunah,iaitu yang nyata (zahir) pada orang yang awam kerana melepaslan bagi mereka itu daripada kesusahan umpamanya dan makna maaunah itu iaitu pertolongan daripada allah akan orang itu supaya kuat ia berbuat ibadah dan taat ia kepada tuhannya maka yang 4 ini dipuji.

(5)sihir,iaitu yang nyata pada orang yang mengamalkan ilmu sihir.

(6)istidraj,iaitu yang nyata pada orang yang kafir dan muslim yang fasik kerana tipu daya dan makna istidraj itu iaitu pekerjaan yang dilorongkan pada sangka orang baik padahal membawa tuan nya kedalam neraka.

(7)shakwazah,iaitu yang nyata pada orang main balik mata iaitu satu bagai daripad sihir.

(8)ihanah,iaitu yang nyata pada orang yang dusta seperti MUSAILIMATUL KAZAB.

di ambil daripada kitab jawi akiidatunnaajin .