Pages

Sunday, January 18, 2009

KOLEKSI KHAZANAH MELAYU LAKSANA STAMAN

KOLEKSI KHAZANAH MELAYU
LAKSANA STAMAN
Dikarang oleh :
Muhammad Yusuf Bin Soleh Al-Kelantani,
Kota Bharu, Kelantan.

Terbitan : Mustafa Press, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 24 Rejab 1374 bersamaan 29 Mac 1954

22) JENIS MAKHLUK YANG MEMPUNYAI ROH
1. Malaikat Maka sekalian malaikat itu dijadikannya daripada nur cahaya, mereka itu tiada nafsu dan akal.
2. Jin Adapun jin itu dijadikannya daripada api, mereka itu ada nafsu dan ada akal.
3. Manusia Maka manusia dijadikannya daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin.
4. Binatang Binatang itu dijadikannya daripada empat anasir seperti manusia jua, binatang tiada akal dan ada nafsunya.
Maka malaikat itu banyaknya tiada terhingga dan mengerja mereka itu akan segala barang yang disuruh Allah Taala dan tiada derhaka mereka itu akan Allah Taala selama-lamanya. Maka malaikat itu bukan laki-laki, bukan perempuan, bukan khunsa dan bukan papak. Dan tiada bagi mereka itu ibu dan bapa, tiada anak, tiada makan minum dan tiada tidur. Dan wajib diketahuikan atas tafsil (huraian satu persatu) mereka itu sepuluh orang jua iaitu.
(1) Jibrail AS - Pekerjaannya menyampaikan wahyu Allah Taala kepada sekalian rasulNya.
(2) Mikail AS - Pekerjaannya menurunkan hujan dan membahagi rezeki kepada sekalian makhluk.
(3) Israfil AS - Pekerjaannya meniupkan serunai sangkala.
(4) Izrail AS - Pekerjaannya mengambil nyawa daripada sekalian makluk.
(5) Raqib - Iaitu kerama yang duduk di sebelah kiri manusia kerana menyuratkan amal yang kebajikan.
(6) 'Atid - Iaitu katib yang duduk di sebelah kiri manusia kerana menyuratkan amal yang jahat.
(7) Mungkar.
(8) Nakir - Pekerjaan keduanya ialah menanyakan orang yang mati di dalam kubur di mana tempat yang ada mayat itu sama ada kubur atau laut atau di dalam perut binatang-binatang yang buas.
(9) Malik Ridwan - Pekerjaannya menunggu pintu Syurga.
(10) Malik Zabaniah - Pekerjaannya menunggu pintu Neraka.

No comments:

Post a Comment