Pages

Friday, January 23, 2009

KHASIAT

AIR SUAM 1. Menjauhi penyakit buasir. 2. Memudahkan untuk membuang air besar (sembelit) Caranya : Air suam diamalkan meminumnya pada setiap pagi sebelum meminum apa-apa


KHASIAT CENGKIH 1. Bagus untuk jantung 2. Paru-paru 3. Otak 4. Mata 5. Gigi Caranya : Ambil sekuntum cengkih dan dikemam.


KHASIAT JINTAN HITAM 1. Boleh mngubati sakit kepala . Caranya : 1. Ambil sekadar 1 sudu besar jintan hitam (Ditumbuk) 2. Bawang Merah 3 Ulas (Ditumbuk)3. 3 Helai Sireh (Ditumbuk)
Kemudian bahan-bahan tadi dicampur dan dilumur di kepala InsyaAllah akan hilang sakit kepala.


KHASIAT KELAPA MUDA Mengubati Darah Tinggi Caranya :Ambil air kelapa muda dan isi, masukkan ke dalam periuk, kemudian rebus. Kemudian serai serta akarnya ketuk dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan perahan limau nipis.Cara meminumnya : Minum setiap hari pada pagi dan petang.


MADU
Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis
Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl: Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda: Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan .

Wednesday, January 21, 2009




"DOA PILIHAN DARI AL-QURAN"

DOA UNTUK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)

DOA SUPAYA MENJADI ORANG YANG SABAR

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A’raaf : 126)

DOA SUPAYA DIMUDAHKAN URUSAN DAN DIRINGANKAN

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)

DOA SUPAYA MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(A-li ‘Imran : 8)

DOA KETIKA BERADA DALAM KESUSAHAN DAN KECEMASAN

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
(Al-Anbiya’ : 87)

DOA SUPAYA DIAMPUNKAN DOSA

رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"
(A-li ‘Imran : 16)

DOA UNTUK MENJADI PEMIMPIN

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
" Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya "
(Saad : 35)

DOA SUPAYA DILETAK BERSAMA ORANG SYAHID

رَبَّنَا ءَامَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)"
(A-li ‘Imran : 53)

DOA SUPAYA DITETAPKAN PENDIRIAN

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”
(A-li ‘Imran : 147)

DOA SUPAYA DIJAUHKAN DARI NERAKA

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” “Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun”
(A-li ‘Imran : 191-192)

DOA SUPAYA DIHAPUSKAN SEGALA DOSA DAN KEJAHATAN

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِْيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ ، رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti” “Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji"
(A-li ‘Imran : 193-194)

DOA UNTUK PENGAMPUNAN DARI KEZALIMAN

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
(Al-A’raaf : 23)

DOA UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"
(Al-A’raaf : 89)

DOA SUPAYA DILIMPAHI RAHMAT DAN DIBERI PETUNJUK

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"
(Al-Kahfi : 10)

DOA UNTUK PENGAMPUNAN DAN KESAYANGAN

رَبَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”
(Al-Mu’minun : 109)

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
(Al-Mu’minun : 118)

DOA UNTUK MENGELAK DARI AZAB NERAKA

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا . إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan” “Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"
(Al-Furqaan : 65-66)

DOA SUPAYA DIKURNIAKAN KELUARGA YANG BAHAGIA

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”
(Al-Furqaan : 74)

DOA MALAIKAT KEPADA ORANG MUKMIN

رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
"Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka”
(Ghaafir : 7)

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ ءَابَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
(Ghaafir : 8)

DOA UNTUK MEREKA YANG TERDAHULU

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"
(Al-Hasyr : 10)

DOA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!”
(Al-Mumtahanah : 4)

DOA MENGELAK DARI GANGGUAN ORANG KAFIR DAN ZALIM

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
(Al-Mumtahinah : 5)

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim"
(Al-A’raaf : 47)

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas”
(Yunus : 85)

رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu"
(Al-Mu’minun : 94)

DOA UNTUK KESEMPURNAAN CAHAYA DAN KEAMPUNAN

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(At-Tahrim : 8)

DOA SUPAYA DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"
(A-li Imran : 38)

DOA SUPAYA TIDAK TERMINTA PERKARA YANG TIDAK BERMANAFAAT

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاًّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi"
(Hud : 47)

DOA SUPAYA ANAK CUCU MENDIRIKAN SOLAT

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim : 40-41)

DOA SUPAYA MENDAPAT BERADA DI JALAN YANG BENAR

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"
(Al-Isra’ : 80 )

DOA SUPAYA DIKURNIAKAN ANAK

رَبِّ لاَ تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"
(Al-Anbiya’ : 89)

DOA UNTUK PENERANG HATI

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي . وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku”
(Taha : 25,26,27)

DOA KETIKA MENDIAMI SESUATU TEMPAT

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat”
(Al-Mu’minun : 29)

DOA BAGI MENGHADAPI ORANG JAHAT

رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
"Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)"
(Al-Ankabut : 30)

DOA PERLINDUNGAN DARI SYAITAN DAN GANGGUANNYA

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan”
"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
(Al-Mu’minun : 97,98)

DOA KESYUKURAN

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"
(An-Naml : 19)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"
(Al-Ahqaf : 15)

Pekerjaan yang menyalahi adat itu 8 perkara

(1)Mukjizat,iaitu yang nyata (zahir) kemudian daripada dakwa risalah.
(2)Irhas,iaitu yang nyata (zahir) dahulu daripada jadi rasul.
(3)Keramat,iaitu yang nyata(zahir)pada auliyak allah dan arti auliyak allah itu orang yang megerjakan suruh allah dan menjauhkan larangannya dan mengetahui ia akan sekian yang halal dan yang haram daripada perkataan-perkataan dan perbuatan dan iktikad dan makanan dan minuman dan pakaian dan pendengaran dan penglihatan dan pencium(menghidu)dan penjabat(menyentuh)dan perjalan(perjalanan yang jauh jadi cepat)dan perasa(merasa)dan tidur dan lainnya daripada segala kelakuan dan berperangai pula dengan segala perangai yang baik-baik dan meninggalkan dunia melainkan sekira-kira hajat yang tunai(segera)dan selama-lamanya mushahadah(memandang allah dengan mata hati)dan murakabah(mengintai hati kepada allah)kepada tuhannya pada siang dan malam dan pada tiap-tiap sekelian waktu dan tiada mengapa(melarat) zahirnya serta makluk maka jikalau diperolehi segala sifat itu maka orang iti wali allah dan aaripu billah.
(4)Maaunah,iaitu yang nyata (zahir) pada orang yang awam kerana melepaslan bagi mereka itu daripada kesusahan umpamanya dan makna maaunah itu iaitu pertolongan daripada allah akan orang itu supaya kuat ia berbuat ibadah dan taat ia kepada tuhannya maka yang 4 ini dipuji.
(5)sihir,iaitu yang nyata pada orang yang mengamalkan ilmu sihir.
(6)istidraj,iaitu yang nyata pada orang yang kafir dan muslim yang fasik kerana tipu daya dan makna istidraj itu iaitu pekerjaan yang dilorongkan pada sangka orang baik padahal membawa tuan nya kedalam neraka.
(7)shakwazah,iaitu yang nyata pada orang main balik mata iaitu satu bagai daripad sihir.
(8)ihanah,iaitu yang nyata pada orang yang dusta seperti MUSAILIMATUL KAZAB.
Petikan daripada kitab aqkiidatunaajin.

Monday, January 19, 2009

jawahiril bukhori (Petikan)



(جواهر البخارى)


(عن عبد الله بن عمرى رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وأله وسلم قال ، المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده ، والمهاجر من هجر (قول المصنف ، ترك) ما نهى الله عنه)

(وعنه أيضا رضى الله عنه ، أن رجلا سأل النبى صلى الله عليه وسلم ، أي الإسلام خير قال ، تطعم الطعام ، تقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف)

(وعن أنس بن مالك رضى الله عنه أنه قال ، قال النبى صلى الله عليه وأله وسلم ، لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده (قال الله تعالى النبى أولى بالمؤمنين من أنفسهم) وولده والناس أجمعين)

(قال أمير المؤمنين عمر بن الخطاب رضى الله عنه ، تققهوا قبل أن تسودوا)

(عن أنس بن مالك رضى الله عنه قال ، قال رسول الله صلى عليه وسلم ، إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ، ويثبت الجهل ، وتشرب الخمر، ويظهر الزنى ، وتكثر النساء ويقل الرجال حتى يكون لخمسين امراة القيم الواحد)

(قال على كرم الله وجهه ، حدثوا الناس بما يعرفون ، أتحبون أن يكذب الله ورسوله)

(عن نعيم المجمر قال ، رقبت مع أبى هريرة رضى الله تعالى عنه على ظهر المسجد فتوضأ فقال ، إنى سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول ،
إن أمتى يدعون يوم القيامة غرا محجلين من أثر الوضوء ، فمن استطاع

منكم أن يطيل غرته فليفعل)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ، إذا توضأ أحدكم فليجعل فى أنفه ثم لينثر ، ومن استجمر فليوتر ، وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يده قبل أن يدخلها فى وضوئه ، فإن أحدكم لا يدرى أين باتت يده)

(عن ابن عباس رضى الله عنهما أنه قال ، مر النبى صلى الله عليه وسلم بحائط من حيطان المدينة أو مكة فسمع صوت إنسانين يعذبان فى قبورهما ، فقال النبى صلى الله عليه وسلم ، يعذبان ، وما يعذبان في كبير ثم قال ن بلى ، كان أحدهما لايستتر من بوله ، وكان الأخر يمشى بالنميمة ثم دعا بجريدة ، فكسرها كسرتين فوضع على على كل قبر منهما كسرة ، فقيل له يارسول الله لم فعلت هذا قال ، لعله أن يخفف عنهما ما لم تيبسا)

(قال مجاهد بن جبير التابعى رضى الله عنه ، لا يتعلم العلم مستحى ولا متكبر)

(عن أبى موسى الأشعرى رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وعلى أله وسلم قال ، إن المؤمن للمؤمنين كالبنيان ، يشد بعضه بعضا ، وشبك أصابعه)

(عن عبد الله بن مسعود رضى الله عنه قال ، سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم أى العمل أحب إلى الله قال ، الصلاة على وقتها قلت ، ثم أى قال بر الوالدين قلت ، ثم أى قال الجهاد فى سبيل الله(قول المصنف ، لإعلاء كلمة الله عز وجل بالنفس والمال) )

(عن ابن عمر رضى الله عنهما قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وأله وسلم ، مفتاح الغيب خمس لا يعلمها إلا الله (١) لايعلم أحد ما يكون فى غد (٢) ولا يعلم أحد ما يكون فى الأرحام (٣) ولا تعلم نفس ماذا تكسب غدا(قال الله تعالى ، ولا تقولن لشيئ إنى فاعل ذلك غدا) (٤) وما تدرى نفس بأى أرض تموت ، وما يدرى أحد متى يجىء المطر) (صفحة ٨٩)

(عن أبى سعيد الخدرى رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وأله وسلم قال ، إذا وضعت الجنازة واحتملها الرجال على أعناقهم ، فإن كانت صالحة قالت قدمونى(قول المصنف ، لثواب العمل الصالح) وإن كانت غير صالحة قالت يا ويلها أين تذهبون بها ، يسمع صوتها كل شيئ إلا الإنسان ولو سمعه صعق) (صفحة ٩٣)

( عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وأله وسلم قال ، السفر قطعة من العذاب ، يمنع أحدكم طعامه وشرابه ونومه ، فإذا قضى نهمته فليعجل إلى أهله) (صفحة ١١١)

(وعنه أيضا قال ، قال رسول الله صلى وأله وسلم ، على أعقاب المدينة ملائكة لا يدخلها الطاعون ولا الدجال) (صفحة ١١٢)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه قال ، قال النبى صلى الله عليه وسلم قال ، أسرعوا بالجنازة فإن تك صالحة فخير تقدمونها إليه ، وإن يك سوى ذلك فشر تضعونه عن رقابكم) (صحفة ١٢٢)

(عن أنس رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وأله وسلم قال ، العبد أى المسلم إذا وضع فى قبره ، وتولى وذهب أصحابه حتى إنه ليسمع قرع نعالهم ، أتاه ملكان فيقولان له ما كنت تقول فى هذا الرجل محمد صلى الله عليه وسلم فيقول ، أشهد أنه عبدالله ورسوله ، فيقال(من قبل الله) انظر إلى مقعدك من النار أبدلك الله به مقعدا من الجنة ، قال النبى عليه الصلاة والسلام فيرهما جميعا وأماالكافر أو المنافق فيقول لا أدرى ، كنت أقول ما يقول الناس فيقال ، لا دريت ولا تليت ، ثم يضرب بمقطرة من حديد ضربة بين أذنيه ، فيصيح صيحة يسمعها من يليه إلا الثقلين) (صفحة ١٢٢)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال ، تميط الأذى عن الطريق صدقة) (صفحة ١٢٤)

(عن زيد بن خالد رضى الله عنه قال ، جاء رجل إلى النبى صلى الله عليه وأله وسلم ، فسألها عن اللقطة فقال ، اعرف عفاصها ووكاءها ثم اعرفها سنة قإن جاء صاحبها وإلا فشأنك بها) (صفحة ١٥٧)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه قال ، قال النبى صلى الله عليه وسلم ، من كانت له مظلمة لأحد من عرضه أو شيئ (قول المصنف ، كالأموال والجراحات حتى اللطمة) فليتحلله منه اليوم قبل ألا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته وإن لم يكن له حسنات إخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه) (صفحة ١٦٢)

(عن سعيد بن زيد رضى الله تعالى عنه قال ، سمعت النبى عليه الصلاة والسلام يقول ، من ظلم من الأرض شيئا (قول المصنف ، قليلا أو كثيرا) طوقه من سبع أرضين) (صفحة ١٦٢)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ، لا تقوم الساعة حتى ينزل فيكم ابن مربم حكما مقسطا ، فيكسر الصليب ، ويقتل الخنزير ويضع الجزية ، ويفيض المال حتى لا يقبله أحدا) (صفحة ١٦٢)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله تجاوز لى عن أمتى ما وسوست به صدورها ، ما لم تعمل أو تكلم) (صفحة ١٦٨)

(عن عمر بن الخطاب رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال ، الأعمال بالنية ولامرئ مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة يتزوجها فهجرته إلى ما هاجر إليه)
(قول المصنف ، من قصد بهجرته وجه الله وعمل صالحا وقع أجره على الله ومن قصد بها دنيا أو امرأة فهى حظه ولا نصيب له فى الأخرة والمرجو إخلاص الأعمال لله سبحانه) .
(صفحة ١٦٨)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه قال ، جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وأله وسلم وقال يا رسول الله ، أى الصدقة أفضل قال ، أن تصدق وأنت صحيح حريص تأمل الغنى وتخشى الفقر ، ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا وقد كان لفلان) (صفحة ١٧٨)

(عن ابن عباس رضى الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ، إنما الشؤم فى ثلاثة (١) فى الفرس (قول المصنف ، لم يغز عليه أو كانت شموسا) (٢) والمرأة (قول المصنف ، إذا كانت غير ولود ، أو غير قانعة سليطة سبابة) (٣) والدار (قول المصنف ، ذات الجار السوء أو الضيقة أو البعيدة عن المسجد قلا يسمع الأذان) (صفحة ١٨٤)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال ، كل سلامى عليه صدقة ، كل يوم يعين الرجل فى دابته يحامله عليه أو يرفع عليها متاعه صدقة ، والكلمة الطيبة صدقة ، وكل خطوة يمشيها إلى الصلاة صدقة ، ودل الطريق صدقة) (صفحة١٨٤)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه قال ، قال رسول الله عليه وسلم ، لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود ، حتى يقول الحجر الذى وراءه اليهودى ، يا مسلم هذا يهودى ورائى فاقتله) (صفحة١٨٥)

(عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال، السمع والطاعة حق (لأمراء المسلمين والخلفاء والعلماء والقضاة) مالم يؤمر بالمعصية ، فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة (إذلا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق)

(عن جابر رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال ، إذا استجنح الليل أو كان جنح الليل فكفوا صبيانكم فإن الشياطين تنتشر حينئذ ، فإذا ذهب ساعة من العشاء فخلوهم ، واغلق بابك واذكراسم الله ، واطفىء مصباحك واذكر اسم الله ، وأوك سقائك واذكر اسم الله ، وخمر إنائك


واذكر اسم الله ، ولو تعرض عليه شيئا) (صفحة ١٩٦)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه وسلم قال ، إذا سمعتم صياح الديكة فاسألواالله من فضله فإنها رأت ملكا ، وإذا رأت نهيق الحمار فتعوذوا بالله من الشيطان فإنه رأى شيطان) (صفحة ١٩٧)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ، إذا وقع الذباب فى شراب أحدكم(قول المصنف ، كل مائع) ، فليغمسه ثم لينزعه ، فإن فى إحدى جناحيه داء والأخرى شفاء(قول المصنف ، الأيمن) (صفحة ١٩٧)

(عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما قال ، لم يكن رسول الله صلى الله عليه وسلم فاحشا ولا متفحشا ، وكان رسول الله صلى الله عليه وعلى أله وسلم يقول ، إن من خياركم أحسنكم أخلاقا) (صفحة ٢٠٣)

(عن أبىهريرة رضى الله عنه قال ، ما عاب رسول الله صلى الله عليه وأله وسلم طعاما قط ، إن اشتهاه أكله وإلا تركه) (صفحة ٢٠٤)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ، لا يحل لامرأة تسأل طلاق أختها لتستفرغ صحفتها فإنما لها ما قدر لها(قول المصنف ، فى الأزل) (صفحة ٢٤١)

(عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال إذا دعى أحدكم إلى الوليمة فليأتها(قول المصنف ، فليأت مكانها وجوبا إن لم يرضى صاحبها بعذر المدعو وفى غيرها مستحبة) (صفحة٢٤١)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ، المرأة كالضلع إن أقمتها كسرتها ، وإن استمتعت بها استمتعت بها وفيها عوج(قول المصنف ، أى لن تستقيم المرأة على طريقة وفى الحديث إشارة إلى الإحسان إلى النساء والرفق بهن والصبر على عوج أخلاقهن واحتمال


ضعف عقولهن) (صفحة ٢٤١)

(عن عبد الله بن زمعة عن النبى صلى الله عليه وأله وسلم قال ، لا يجلد أحدكم امرأته جلد العبد ثم يجامعها فى أخر اليوم) (صفحة ٢٤٣)

(عن أبى عامر أو أبى مالك الأشعرى أنه سمع النبى صلى الله عليه وسلم يقول ، ليقولن من أمتى أقوام يستحلون الحر (قول المصنف ، أى الفرج أى يستحلون الزنا وكذا الخلوة بالأجنبية وهذا فى زماننا قد وقع) والحرير والخمر والمعازف) (صفحة ٢٥٠)

(عن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه وأله وسلم ، كان يحتجر حصيرا بالليل فيصلى ويبسطه بالنهار فيجلس عليه ، فجعل الناس يثوبون إلى النبى صلى الله عليه وأله وسلم فيصلون بصلاته حتى كثروا ، فأقبل فقال ، ياأيها الناس خذوا من الأعمال ما تطيقون ، فإن الله لا يمل حتى تملوا ، وإن أحب الأعمال إلى الله ما دام وإن قل) (صفحة ٢٥٨)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه قال ، سمعت رسول الله صلى الله عليه وأله وسلم يقول ، الفطرة خمس (١) الخيتان (٢) والاستحداد(قول المصنف ، حلق شعرالعانة) (٣) وقص الشارب (٤) وتقليم الأظفار (٥) ونتف الاباط) (صفحة ٢٥٩)

(عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما عن رسول الله صلى الله صلى الله عليه وأله وسلم قال ، خالفوا المشركون ، وفروا اللحى ، وأحفوا الشوارب ، وكان ابن عمر إذا حج أو اعتمر قبض على لحيته ، فما فضل أخذه) (صفحة ٢٥٩)

(عن أبى هريرة رضى الله عنه قال ، جاء رجل إلى النبى صلى الله عليه وأله وسلم فقال ، يا رسول الله من أحق بحسن صحابتى قال أمك ، قال ثم من قال أمك ، قال ثم من قال أمك ، ثم من قال أمك ، قال ثم من قال أبوك)

Sunday, January 18, 2009

LAKSANA STAMAN

KOLEKSI KHAZANAH MELAYU
LAKSANA STAMAN
Dikarang oleh :
Muhammad Yusuf Bin Soleh Al-Kelantani,
Kota Bharu, Kelantan.

Terbitan : Mustafa Press, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 24 Rejab 1374 bersamaan 29 Mac 1954

22) MASALAH SYARIAH
Bagaimana di bawah ini empat perkara daripada masalah-masalah syariah yang disoal orang kepada "Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan", Yang telah disahkan huraian dan sudah pun dikeluarkan jawapannya oleh Lembaga yang digelarkan "Majlis Ulama'" Kelantan, kandungan minit paper Majlis nombor 270/1934.
1. Soal - Adakah betul dan sahnya jika tukang nikah menikahkan dengan katanya :-
1- Nikah aku akan engkau akan fulanah ila akhirnya.
2- Aku nikah akan engkau akan fulanah ila akhirnya.
3- Aku nikahkan dikau dengan fulanah ila akhirnya.
4- Aku nikahkan dikau akan fulanah ila akhirnya.
Maka jawapan Majlis dengan kata - "Bagaimana perkataan-perkataan tukang nikah yang tersebut di atas itu kesemuanya betul dan sah nikahnya pada hukum syarak bagaimana nasnya pada tiap-tiap kita feqah pada babnya".
2. Soal - Jika seseorang penduduk-penduduk negeri kerajaan selat membeli seorang anak cina di situ daripada bapanya atau ibu bapanya atau daripada saudaranya atau lainnya, Bila budak itu besar hendak dinikahkan, siapa jadi wali nikahnya ?
Maka jawapannya dengan kata - "Wali Sultan atau naibnya"
3. Soal - Jika seorang karang (*karam) di laut hilang ghaib, padahal ia meninggalkan isteri - anak perempuan dan harta-harta. Maka bilakah masa lepas pertambatan nikahnya dengan isterinya dan siapa jadi wali nikah anaknya itu, dan bila masa baharu boleh dibahagikan harta-hartanya itu dan bolehkah disembahyang ghaib atasnya ?
Jawapnya dengan kata - "Tidak lepas pertambatan nikahnya dengan isterinya melainkan dengan hukuman Kadhi atau matinya, dan kemudian daripada hukumannya itu bolehlah dibahagikan hartanya itu kepada warisnya, dan tidak boleh disembahyang ke atasnya pada muktamad, dan wali anaknya sebelum daripada izinnya dan kemudian daripada hukuman Qadhi itu maka Qadhilah yang mengahwin akan dia kemudian daripada izinnya dan kemudian daripada hukuman matinya itu walinya berpindah kepada ab'adnya.
4. Soal - Qadhi-qadhi yang dijadikan oleh Kerajaan Selat - adakah sah Qadhinya pada syarak dan boleh mewalikan perempuan yang tiada berwali padahal tidak dengan tahu penduduk-penduduk dan alim-alim di dalam negeri itu masa menjadikannya?.
Jawapannya dengan kata - Sah Qadhi pada syarak dan boleh mewalikan perempuan-perempuan yang tiada walinya bagaimana nas pada kurdi dan lain-lainnya.
23) PASAL KEJADIAN GEMPA
Di dalam ilmu Geografi ada tersebut fasal kejadian gempa, ialah oleh sebab terjadi gempa itu demikian, iaitu :
1) Di dalam bumi ini ada tempat-tempat yang berongga seperti gua. Terkadang-kadang apabila terlingkuplah rongga itu maka bergoncanglah bumi di situ.
2) Di dalam tanah ada tempat-tempat yang hangat, apabila diserap oleh air tempat-tempat itu menjadilah ia wap hangat (steam) dan apakala bertambah-tambah banyak wap itu serta kuatnya maka bergoncanglah bumi itu serupalah juga seperti kita masak air di dalam cerek, apabila mendidihlah ia maka banyaklah wapnya dan pada masa itu bergoncanglah tutupan cerek itu.
Maka tempat-tempat yang selalu terjadi gempa bumi ialah tempat-tempat yang berdekatan dengan gunung-gunung berapi.
Pada ketika hendak jadi gempa itu kedengaranlah bunyi yang besar di dalam tanah, kemudian bergoncanglah bumi itu, oleh kuat sangat goncangannya maka runtuhlah segala bangunan-bangunan yang di situ. Terkadang-kadang masa itu api pun merajalela sehingga habis terbakar pekan-pekan dan kampung-kampung di situ. Kerapkali juga lautan pun bergoncang dengan menjadikan ombak dan alun yang besar sehingga jadilah bah besar di atas daratan. Dengan hal yang tersebut di atas ini beberapa banyak manusia yang hilang jiwa dan rumah tangganya.

KOLEKSI KHAZANAH MELAYU LAKSANA STAMAN

KOLEKSI KHAZANAH MELAYU
LAKSANA STAMAN
Dikarang oleh :
Muhammad Yusuf Bin Soleh Al-Kelantani,
Kota Bharu, Kelantan.

Terbitan : Mustafa Press, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 24 Rejab 1374 bersamaan 29 Mac 1954

22) JENIS MAKHLUK YANG MEMPUNYAI ROH
1. Malaikat Maka sekalian malaikat itu dijadikannya daripada nur cahaya, mereka itu tiada nafsu dan akal.
2. Jin Adapun jin itu dijadikannya daripada api, mereka itu ada nafsu dan ada akal.
3. Manusia Maka manusia dijadikannya daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin.
4. Binatang Binatang itu dijadikannya daripada empat anasir seperti manusia jua, binatang tiada akal dan ada nafsunya.
Maka malaikat itu banyaknya tiada terhingga dan mengerja mereka itu akan segala barang yang disuruh Allah Taala dan tiada derhaka mereka itu akan Allah Taala selama-lamanya. Maka malaikat itu bukan laki-laki, bukan perempuan, bukan khunsa dan bukan papak. Dan tiada bagi mereka itu ibu dan bapa, tiada anak, tiada makan minum dan tiada tidur. Dan wajib diketahuikan atas tafsil (huraian satu persatu) mereka itu sepuluh orang jua iaitu.
(1) Jibrail AS - Pekerjaannya menyampaikan wahyu Allah Taala kepada sekalian rasulNya.
(2) Mikail AS - Pekerjaannya menurunkan hujan dan membahagi rezeki kepada sekalian makhluk.
(3) Israfil AS - Pekerjaannya meniupkan serunai sangkala.
(4) Izrail AS - Pekerjaannya mengambil nyawa daripada sekalian makluk.
(5) Raqib - Iaitu kerama yang duduk di sebelah kiri manusia kerana menyuratkan amal yang kebajikan.
(6) 'Atid - Iaitu katib yang duduk di sebelah kiri manusia kerana menyuratkan amal yang jahat.
(7) Mungkar.
(8) Nakir - Pekerjaan keduanya ialah menanyakan orang yang mati di dalam kubur di mana tempat yang ada mayat itu sama ada kubur atau laut atau di dalam perut binatang-binatang yang buas.
(9) Malik Ridwan - Pekerjaannya menunggu pintu Syurga.
(10) Malik Zabaniah - Pekerjaannya menunggu pintu Neraka.
PETUA / CARA MENYEMBELIH BINATANG

1. Kita mesti berada dalam keadaan berwudhu
2. Mata pisau disapu dengan minyak hidung kita (minyak atas hidung)
3. Hulu pisau hendaklah dibungkus sama ada dengan kain atau kertas.
4. Hulu pisau dikilir dengan belakang tapak tangan kita.
(2-4 petua supaya mudah untuk dilapah / tidak lekat)
5. Mata pisau diletak dekat dengan butir halkum binatang.
6. Duduk seluruh badan kita jangan selari dengan pisau (pisau di kanan badan)
7. Tahan Nafas kita sewaktu mula menyembelih kemudian lepaskan perlahan-lahan.
(5-7 petua supaya lembut daging)
8. Waktu nak sembelih bacalah :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ، اللهُ أَكْبَر ، اللهُ أَكْبَر ، اللهُ أَكْبَر وَلِلَّهِ الْحَمْد .
اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلَ مِنَّا كَما تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمِ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ.

9. Kemudian baca (supaya tidak busuk
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّة

10. Sesudah sembelih sapu hujung mata pisau kepada pipi binatang supaya tidak dihurungi lalat.

11. Baca :

بسم الله الرحمن الرحيم
لإيلاف قريش ، إيلافهم رحلة الشتاء والصيف


Hembus dan sapu kepada badan binatang daripada bahunya sehingga ke punggungnya
لإيلاف قريش ، إيلافهم رحلة الشتاء والصيف

12. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehinggalah binatang itu mati.



taklid

شروط التقليد

أن التقليد هو الأخذ والعمل بقول المجتهد من غير معرفة دليله ولا يحتاج إلى التلفظ به بل متى استشعر العامل أن عمله موافق لقول إمام فقد قلده وله شروط ستة .
(( الأول )) أن يكون مذهب المقلد (بفتح اللام) مدونا .
((الثانى)) حفظ المقلد(بكسراللام) شروط المقلد(بفتح اللام) فى تلك المسئلة .
((الثالث)) أن يكون التقليد مما ينقض فيه قضاء القاضى .
((الرابع)) أن لا يتتبع الرخص بأن يأخذ من كل مذهب بالأسهل والا فتنحل ربقة التكليف من عنقه (قال ابن حجر ومن ثم كان الأوجه أن يفسق به وقال الرملى الأوجه أنه لا يفسق وان أثم به) .
((الخامس)) أن لا يعمل بقول فى مسئلة ثم يعمل بضده فى عينها كأن أخذ نحو دار بشفعة الجوار تقليدا لأبى حنيفة ثم باعها ثم اشتراها فاستحق واحد مثله بشفعة الجوار فأراد أن يقلد الإمام الشافعى ليدفعها فانه لا يجوز .
((السادس)) أن لا يلفق بين قولين تتولد منهما حقيقة واحدة مركبة لا
يقول كل من الامامين بها .
وزاد بعضهم شرطا سابعا وهو أنه يلزم المقلد اعتقاد أرجحية أو مساواة مقلده للغير وقال فى التحفة الذى رجحه الشيخان جواز تقليد المفضول مع وجود الفاضل .
وزاد بعضهم أيضا شرطا ثامنا وهو أنه لا بد فى صحة التقليد أن يكون صاحب المذهب حيا وهو مردود بما اتفق عليه الشيخان وغيرهما من جواز تقليد الميت وقالا وهو الصحيح .
(إعانة الطالبين صفحة ٢١٧ ج رابع)


Saturday, January 10, 2009

Doa sembahyang mayat

((Doa sembahyang mayat))
(( دعا سمبهيع ميت))

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين .
اللهم أنت ربه وأنت هديته للإسلام وأنت قبضت روحه وأنت أعلم بسره وعلانيته فاغفرلنا وله يا رب العالمين (اللهم بحق سيدنا محمد وأل سيدنا محمد أن لا تعذبه) 3 كالي .
اللهم إن كان محسنا فزد فى إحسانه وإن كان مسيئا فتجاوز عنه ، اللهم أنزل روحه فى جنتك جنة النعيم ببركة شفاعة نبينا محمد صلى الله وسلم ، اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة ، اللهم اغفر لحينا وميتنا وصغيرنا وكبيرنا وذكرنا وأنثانا وشاهدنا وغائبنا ، اللهم من أحييته منا فاحييه على الإسلام والسنة ومن توفيته منا فتوفه على الإيمان ، اللهم لا تحرمنا أجره ولا تفتنا بهده ، وصلى لله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ، سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين .